Tuesday, June 26, 2007

Selina Ooi, D-HearT in Newspaper KOSMO

I found the KOSMO newspaper on 21 June 2007.. I really thanks to my deaf friends who read KOSMO newspaper then they told me about this..:P I really happy and grateful with my works D-HearT while I worked together with Siao Ying so hardworking~! \(^0^)/ I also told SiaoYing and lecturers about KOSMO news..  I never forget my memories about my presentation with Telenor and Award Interface Design! I also be thankful for my lecturers and classmates who helped me so much during Interface Design class.

(Bahasa Malaysia Version)
KOSMO newspaper, Khamis Jun 21, 2007

Tuah aplikasi kommunikasi D-Hear T

Dua pelajar perempuan Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya terpilih sebagai pemenang reka cipta pertama bertemakan komuniti digital yang dianjurkan bersama oleh Telenor, syarikat induk DIGI.com Berhad (Digi), menerusi Pusat Penyelidikan dan Inovasi Asia Pasifik Telenor (TRICAP) dan universiti tersebut baru-baru ini.

Bermatlamatkan untuk mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat tempatan yang cekap dalam pembangunan perkhidmatan teknologi mudah alih, seramai 46 pelajar dari Jabatan Rekaan Antara Muka, Fakulti Media Kreatif universiti berkenaan menyertainya. 

Bersifat rekaan aplikasi perkhidmatan (bukan produk), Selina Ooi and Chean Siao Ying berjaya menambat hati juri dengan rekaan bertajuk D-HearT. Ia merupakan rekaan aplikaso bercirikan khidmat masyarakat dengan membolehkan manusia normal berkomunikasi dengan manusia yang cacat pendengaran melalui penukaran teks kepada bahasa isyarat animasi. 


Pengarah Urusan TRICAP, Dr.Kristin Braa memberitahu tugas untuk memilih pemenang amat mencabar kerana semua penyertaan menepati kriteria yang ditetapkan iaitu menarik, berdaya maju, praktikal dan mengatasi jangkaan. 

"Bagaimanapun kami paling kagum dengan hasil reka cipta, D-HearT oleh dua pelajar ini kerana ia memperlihatkan hasil reka cipta, D-HearT oleh dua pelajar ini kerana ia memperlihatkan keaslian dan kematangan, "katanya. 

Mengulas mengenai inisiatif ini, Kristin menyifatkan pasaran Asia penting kepada Telenor dan usaha sama dengan MMU ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru bahkan memperlihatkan pentingnya ciptaan aplikasi perkhidmatan mudah alih dan mudah digunakan. 

"Dalam kerjasama ini, Telenor ingin berkongsi kepakaran penyelidikan dan pembangunan model teknologi, perkhidmatan dan perniagaan yang betul serta menggalakkan peserta menggunakan pengetahuan mereka dalam pembangunan kandungan teknologi mudak alih," katanya. 

Peserta-peserta yang terlibat melakukan rekaan masing-masing secara individu atau berpasangan sepanjang dua semester untuk menyiapkan projek-projek teknologi mudah alih yang pada suatu hari nanti mungkin akan digunakan oleh industri telekomunikasi. 

Usaha sama antara MMU dan TRICAP telah dilancarkan pada lewat tahun 2006. TRICAP yang berpangkalan di Cyberjaya adalah sebuah organisasi penyelidikan dan invosi pertama dan tunggal yang ditubuhkan oleh Telenor di luar Norway.

Source by KOSMO!


Advertisement

No comments:

Post a Comment

My Award:

Like Me on My Facebook Page