Advertisement

Program Pembangunan Komuniti (PPK) untuk Pekak


Berita Baik! Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Federation of the Deaf) memberi satu program yang berpengetahuan untuk semua pekak di Kuala Lumpur. Mereka hendak membantu orang pekak belajar pengetahuan tentang ICT, kraftangan, hospitaliti, aksesori, jahitan dan sulaman. Ia membantu orang pekak membaiki kemahiran mereka.

Pelajar sekolah rendah pun boleh mengambil kursus 3M1K untuk membaiki pelajaran mereka. Tambahan, pelajar-pelajar menengah boleh mengambil peluang untuk menyertai dalam kursus selepas atau sebelum peperiksaan SPM!

Kamu nak cuba? Tengok maklumat tentang kursus-kursus di bawah;

Program Pembangunan Komuniti Kemasukan Julai 2010

Sebuah program untuk membimbing orang Pekak ke arah pembangunan diri dan persediaan ke arah bidang kerjaya.

Pilihan Kursus

1. Kursus 3M1K
- Membaca (B.Melayu dan B. Inggeris)
- Menulis (B.Melayu dan B. Inggeris)
- Mengira (Matematik)
- Komunikasi

2. Kursus Kemahiran
- ICT
- Hospitaliti
- Aksesori
- Jahitan dan Sulaman
- Anyaman dan Kraftangan

3. Kursus Akademik SPM / Lepasan SPM
- Tuisyen B. Melayu
- Tuisyen B. Inggeris
- Tuisyen Matematik

Yuran RM 200 sebulan :Termasuk yuran pengajian dan penginapan
Aktiviti rekreasi, Pembangunan Diri,
Lawatan Sambil Belajar, Kelas Bahasa
Isyarat, On-Job Training dan lain-lain

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Zuraidah Ismail - 019 370 4252 atau datang sendiri ke Persekutuan Orang Pekak Malaysia di alamat No. 3A-12, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor. Tel: 03 8070 9308 / 8930.

Post a Comment

0 Comments